Saturday 14 April 2018

Tun Dr Mahathir Gagal Bawa Tsunami Melayu, Pakatan Harapan Akan Kalah Dan DAP Akan Tinggalkan Pakatan Harapan – Strategis DAP



Oleh:
Dr Kamarul Zaman Yusof
_Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM)_

1. Strategis DAP, Dr Wong Chin Huat, mengetuai Program Kajian Politik di Penang Institute, sebuah badan pemikir besar yang menerima dana dari Kerajaan DAP Pulau Pinang dan dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

2. Dalam tesis PhD beliau bertajuk _“The Implications of the Electoral System for Party Competition in West Malaysia, 1982-2004”,_ Dr Wong Chin Huat menyatakan bahawa *kemungkinan untuk pembangkang berkuasa di peringkat Pusat adalah hampir tiada* kerana faktor _“excessive gerrymandering and mal-apportionment of constituencies”._

3. Semalam Dr Wong Chin Huat mengakui bahawa *beliau meragui adanya tsunami Melayu dan menyebut tidak ada apa-apa bukti meyakinkan mengenai adanya tsunami Melayu.*

4. Dengan persempadanan semula yang meningkatkan bilangan kerusi majoriti Melayu dan bilangan pengundi Melayu dalam kawasan campuran, hanya pengundi bukan Melayu sahaja yang boleh mengekalkan kedudukan Pakatan Harapan.

5. Berdasarkan hasil persempadanan semula dan ketidakpastian tsunami Melayu ini, jangkaan selamat boleh dibuat bahawa Pakatan Harapan tidak mempunyai peluang langsung untuk menang tanpa 85% pengundi keluar mengundi.

6. Lebih menarik, jangkaan strategis DAP itu bahawa, *selepas kalah, parti-parti dalam Pakatan Harapan akan menyalahkan satu sama lain atas kehilangan PAS* dengan PKR, PPBM dan AMANAH akan menjadi lebih pro-Melayu dan lebih menyokong agenda PAS.

7. Beliau juga menjangka bahawa *tindakan DAP meninggalkan Gagasan Rakyat pada tahun 1995, meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001 dan meninggalkan Pakatan Rakyat pada tahun 2015 akan berulang lagi selepas ini.*

8. Sama seperti alasan yang ia gunakan sewaktu meninggalkan Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, _“DAP mungkin akan terpaksa meninggalkan pakatan pembangkang bagi menjaga tapak sekular dan bukan Islamnya”._

9. Satu-satunya perkara yang menggembirakan Dr Wong Chin Huat adalah berkenaan tindakan SPR memilih hari pengundian pada Rabu, yang kononnya bagi beliau merupakan satu pengakuan tersirat oleh Datuk Seri Najib Abdul Razak mengenai adanya tsunami Melayu.

10. Sungguh melucukan apabila saintis politik seperti beliau boleh menyatakan beliau menolak dapatan yang dibuat oleh semua pusat kaji selidik mengenai tiadanya tsunami Melayu semata-mata kerana pemilihan hari Rabu sebagai hari pengundian.

11. Logik yang beliau gunakan adalah apabila hari Rabu dipilih sebagai hari pengundian maka Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu menghalang pengundi Melayu dari keluar mengundi menyebabkan kebimbangan mengenai tsunami Melayu akan hilang.

12. Logik ini, bagi saya, adalah logik yang cukup bodoh sekali, apatah lagi apabila tulisan Dr Wong Chin Huat ini dikeluarkan selepas kerajaan mengumumkan hari pengundian adalah hari cuti bagi memudahkan semua pengundi, termasuk pengundi Melayu, keluar mengundi.

13. Inilah rahmat dari pemilihan hari Rabu sebagai hari pengundian, ia secara tiba-tiba membuatkan strategis terkemuka DAP sendiri mengakui Tun Dr Mahathir gagal bawa tsunami Melayu, Pakatan Harapan akan kalah dan DAP akan tinggalkan Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment