Tuesday 17 April 2018

RASIONAL MENGAPA PROJEK ECRL DIKECUALIKAN GST



GST Dikecualikan Untuk Syarikat Pelaksana ECRL Kerana ECRL Adalah Projek Kerajaan (Pengguna yang membayar GST dalam projek ini adalah kerajaan)

1. Tersebar di media sosial, syarikat dari China yang melaksanakan projek ECRL tidak dikenakan GST. Sebaran ini sengaja dibuat untuk membuat rakyat marah.

2. Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy menjelaskan sebab pelepasan adalah kerana ECRL merupakan projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam. "Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam yang memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan.

3. Pelepasan ini dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST. Disebabkan pelepasan ini, "syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST," katanya lagi.

4. Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Dato Eric See To berkata prinsip GST adalah pengguna terakhir akan membayar sepenuhnya GST. Bagi projek ECRL, pengguna terakhir adalah Kerajaan. Jika GST dikutip, maka pembayarnya juga adalah Kerajaan dan dibayar kembali kepada Kerajaan. Tidak menjadi sebarang masalah untuk mengecualikannya kerana KERAJAAN adalah PEMBAYAR GST untuk projek ECRL ini. Dalam kes ECRL, apabila syarikat CCCC dikecualikan daripada GST, bermaksud ia juga TIDAK BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN GST input yang dikenakan ke atasnya.

5. Bagi syarikat tempatan yang tidak memohon pengecualian GST apabila membuat projek-projek kerajaan, mereka akhirnya akan mengenakan GST terhadap kerajaan (yang dibayar balik kepada kerajaan), pada waktu yang sama mereka juga dibenarkan menuntut kembali semua GST yang dikenakan ke atas mereka (sebagai input tax). Akhirnya, kesemua GST yang Syarikat tempatan itu bayar dan tuntut semasa menjalankan projek untuk kerajaan juga akan dibayar balik oleh kerajaan.

6. Tanpa pengecualian GST, senarionya adalah begini -> Projek ini adalah projek kerajaan. 1. Selepas tamat projek ECRL, Syarikat CCCC akan mengutip bayaran penuh daripada kerajaan bersama GST. 2. Kerajaan akan membuat bayaran penuh bersama dengan GST. 3. Oleh kerana syarikat CCCC hanya mengutip GST bagi pihak kerajaan, ia akan memulangkan semula GST ini kepada kerajaan selepas menerima bayaran daripada kerajaan. Bukankah lebih mudah jika pengecualian diberikan?

7. Masalah pemimpin Pakatan adalah mereka tidak memahami prinsip asas GST. Disebabkan kejahilan mereka, mereka tidak tahu bahawa GST adalah cukai kepenggunaan yang dibayar oleh pengguna, termasuk oleh kerajaan, apabila ia menjadi pengguna. Kerajaan tidak mengenakan GST ke atas peniaga, sebaliknya mengutip Cukai Pendapatan daripada mereka.

No comments:

Post a Comment