Saturday 7 April 2018

Kad peduli sihat Pakatan Harapan satu penipuan?!!


Ketika pihak Pakatan sibuk mempromosikan Kad Peduli Sihat, mereka juga dalam masa yang sama cuba untuk mengelirukan rakyat apabila membuat dakwaan bahawa bajet bekalan perubatan telah dipotong oleh kerajaan persekutuan daripada jumlah RM1.59 bilion pada 2016 kepada RM1.292 bilion pada 2017 dan seterusnya kepada RM1.227 bilion pada 2018, potongan 20% dalam masa 3 tahun. Meskipun potongan 20% itu adalah benar namun pihak Pakatan tidak memberitahu hal yang menyebabkan pemotongan bajet tersebut.

Sebelum saya memberi penjelasan, adalah penting untuk kita tahu bahawa bajet keseluruhan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Bagi tahun 2018, sektor penjagaan kesihatan telah diperuntukkan bajet sebanyakl RM26.58 bilion, iaitu kenaikan sebanyak RM1.7 bilion bersamaan 9.5% berbanding jumlah yang diterima di dalam bajet 2017. Kenaikan bajet ini adalah sebahagian besarnya untuk menampung pembinaan lebih banyak klinik, pembinaan hospital dan pembelian perlatan perubatan berbanding dibazirkan untuk bekalan ubat yang tidak berkesan. Jika dibandingkan ketika tahun 2003 iaitu tahun terakhir Tun Mahathir menjadi perdana menteri, bajet penjagaan kesihatan adalah cuma RM7.6 bilion (tiada apa apa kemudahan seperti Klinik 1Malaysia ketika waktu Mahathir).

Pihak KKM telah bercadang sejak awal 2015 untuk menggunakan ubat-ubatan generik dalam usaha untuk mengurangkan kos.

https://today.mims.com/malaysia-s-moh-to-cut-costs-by-sourcing-more-generic-drugs-

Ubat-ubatan generik adalah ubatan yang ditiru sama seperti ubat-ubatan ternama asal yang lebih mahal. Ubat-ubatan generik ini mempunyai dos yang sama, tujuan penggunaan yang sama, kesan dan kesan sampingan yang sama, risiko yang sama, cara pengawalan yang sama dan juga kekuatan yang sama seperti ubat-ubatan yang asal. Tiada perbezaan sama-sekali.

Penggunaan ubat-ubatan generik di seluruh dunia telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pemangkin terbesar pertumbuhan adalah disebabkan peningkatan perbelanjaan ke arah ubat-ubatan generik oleh bidang farmaseutikal dunia. Perbelanjaan penjagaan kesihatan yang terus meningkat telah mendorong kerajaan supaya mencari cara bagi mengawal perbelanjaan penjagaan kesihatan. Hal ini menjadi pemangkin peningkatan permintaan ubat-ubatan generik berbanding ubat-ubatan sama yang lebih berjenama.

Malah, menggunakan alternatif ubat-ubatan generic juga memberi peluang kepada pengeluar tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan Malaysia tidak perlu untuk mengimport semua jenis ubat-ubatan. Buat masa ini, 30% ubatan generik dibekalkan oleh pengeluar tempatan manakala hamper kesemua ubatan berjenama dihasilkan di luar negara.

Satu lagi pemacu utama pertumbuhan ini adalah tempoh paten untuk ubat-ubatan proprietari telah dipendekkan. Ini bermakna bahawa ubat-ubatan generik boleh diperkenalkan jauh lebih awal selepas ubat asal diperkenalkan.

Di samping menggantikan ubat berjenama yang lebih mahal dengan ubat-ubatan generik yang sama, KKM juga mahu mengurangkan pemberian ubat yang terlalu banyak kepada pesakit lalu akhirnya cuma dibuang kerana pesakit tidak dapat menghabiskan kesemua ubat yang diberikan. Justeru, pemberian ubatan dengan dos yang lebih munasabah dan tepat adalah lebih wajar untuk dilaksanakan.

Oleh kerana perbelanjaan dapat dijimatkan daripada bekalan ubat yang tidak berkesan, kerajaan boleh memperuntukkan perbelanjaan ke atas kemudahan peralatan yang lebih baik, membina lebih banyak klinik dan hospital untuk manfaat rakyat dan pada masa sama juga menyediakan tempat bagi graduan perubatan kita untuk memulakan kerjaya mereka.

Tidak seperti klinik swasta yang dipromosikan Pakatan melalui Kad Peduli Sihat mereka, kerajaan persekutuan mengambil peduli keperluan untuk menyediakan petempatan bagi graduan perubatan dan juga penjagaan kesihatan percuma untuk rakyat Malaysia. Disebabkan hal inilah, fokus kerajaan adalah lebih kepada pembinaan klinik dan hospital milik kerajaan berbanding klinik swasta yang mendapat keuntungan melalui khidmat kesihatan mereka seperti yang disyorkan oleh pihak Pakatan.

Selama bertahun-tahun lamanya, pihak pembangkang menyatakan bahawa kerajaan perlu meningkatkan kecekapan perkhidmatan mereka dan mengurangkan pembaziran perbelanjaan. Walau bagaimanapun, meski pihak KKM telah melaksanakan seperti yang dinyatakan mereka, tiada sebarang pujian diberikan malah dimanipulasi pula oleh pihak pembangkang segala usaha KKM untuk menimbulkan kebencian.

Tindakan ini sama seperti bagaimana Pakatan mengelirukan rakyat kononnya bajet universiti awam dipotong walhal tindakan tersebut adalah dirancang dan dinyatakan dalam Blueprint Pendidikan Kebangsaan 2015-2025. Tindakan ini bertujuan untuk menjadikan universiti awam lebih cekap dan menjalin kerjasama erat bersama syarikat-syarikat sektor swasta bagi memastikan penyelidikan mereka lebih praktikal dan mempunyai nilai komersil. Pada masa sama, ini juga adalah untuk memastikan kursus-kursus yang ditawarkan universiti awam relevan dan para graduan dapat mencari kerja dengan mudah melalui syarikat-syarikat dalam sektor swasta yang bekerjasama dengan universiti awam masing-masing.

Langkah yang dirancang ini dilihat mula untuk membuahkan hasil. Universiti awam kita kebanyakannya telah meningkat naik dalam kedudukan universiti-universiti dunia sejak kebelakangan ini. Tidak seperti dahulu di bawah pentadbiran Mahathir, kedudukan universiti kita sentiasa jatuh sahaja tahun demi tahun.

Eric See-To.

No comments:

Post a Comment