Sunday, 5 November 2017

Suka sebar berita negatif tentang ekonomi negara? Anda sebenarnya seorang pengkhianat!



Ekonomi.

Wujud trend baru di kalangan penyokong pembangkang yg teruja menyebarkan apa sahaja maklumat yg mendakwa ekonomi Malaysia kini tenat. Kita faham niat mereka hendak memburukkan pentadbiran BN, tetapi ini merupakan satu trend yg sangat tidak sihat.

Adakah mereka sedar bahawa mereka sedang mensabotaj ekonomi negara dan ekonomi mereka sendiri dengan menyebarkan berita negatif? Kita perlu faham bahawa tiada ekonomi negara tanpa ekonomi keluarga persendirian. Tidak kah mereka sedar perbuatan mereka ini mengkhianati negara sendiri malah keluarga dan diri sendiri semata-mata kerana motif politik sempit?

Runtuhnya ekonomi negara mungkin akan menyebabkan BN tumbang. Mungkin juga tidak. Tetapi ekonomi negara yg runtuh pastinya akan menyebabkan rakyat menderita. Bacalah sejarah kegawatan terburuk di US tahun 30-an yang bukan sahaja menyebabkan rakyat tidak dapat bekerja, malah hendak membeli makanan pun tidak mampu!

Adakah mereka yang memburukkan ekonomi ini tadi yakin akan terkecuali dengan kesan buruk kerana keruntuhan ekonomi negara? Apabila ekonomi runtuh, kerajaan tidak akan mampu membayar gaji penjawat awam dan berbelanja kepada projek-projek pembangunan. Dengan itu ramai rakyat akan miskin secara tiba tiba dan semua perniagaan yang berkaitan akan bungkus.

Seterusnya kesan akan merebak kepada peniaga-peniaga kecil kerana rakyat tidak lagi mampu untuk berbelanja. Kedai-kedai dan pusat beli belah akan tutup, rumah dan kenderaan akan tidak berbayar, dan akhirnya bank juga akan tumbang. Jadi di mana baiknya memburukkan ekonomi negara sendiri ini?

Tidak ada salahnya berusaha untuk menjatuhkan parti politik yang kita tidak suka. Tetapi bukan dengan cara menjahanamkan negara. Menyebarkan berita buruk tentang ekonomi negara, apatah lagi hanya sekadar khabar angin bukan sahaja memberi kesan kepada kerajaan, tetapi juga semua rakyat Malaysia yang tidak berdosa kepada anda. Jadi berhentilah bersikap jumud dan mementingkan diri sendiri!

No comments:

Post a Comment