Wednesday, 25 April 2018

Luahan dan harapan rakyat marhaen terhadap PRU 14


Menghargai Jasa....Mengenang Budi....

Kurang dari dua minggu kita akan keluar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara tanahair tercinta ini bagi menentukan siapa yang bakal menerajui negara kita untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sebelum itu, ingin dikongsikan sedikit bingkasan daripada seorang warganegara yang tidak mempunyai sebarang jawatan dan kepentingan terhadap mana-mana parti.

Zaman kecil dan remaja saya dibesarkan di kawasan perkampungan Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi atau lebih tepat bermula tahun 1982.

Dengan bantuan penuh kerajaan menawarkan tempat di tanah rancangan Felda, bapa saya pada ketika itu yang sememangnya hanya melakukan kerja kampung di Jementah, Segamat dengan rasa syukur dan tanpa persediaan rapi berangkatlah meninggalkan kampung halaman untuk menuju satu destinasi asing dengan harapan menggunung untuk membina kehidupan keluarga ke satu tahap lebih baik.

Kami melalui saat-saat sukar, kehidupan awal di tanah rancangan Felda. Kemudahan ala kadar waktu itu kami terima dengan rasa syukur tanpa keluhan. Mandi air perigi, malam bercahayakan lampu pelita minyak tanah, makan sekadar yang ada.

Waktu itu, jarak bandar terdekat (Kota Tinggi) adalah 48KM dan untuk ke sana perlu mengharungi jalan tanah merah. Saya masih ingat satu peristiwa ketika ibu mengalami masalah melahirkan adik kami yang bongsu, dengan kemudahan perubatan yang terhad di tanah rancangan Felda, ibu terpaksa dibawa ke Hospital Kota tinggi dengan menggunakan Van jual ikan.

Pengalaman itu mengajar kami untuk menghargai...

Mengharungi saat sukar itu, memotivasikan ramai anak-anak Felda dan dari masa ke semasa kerajaan sentiasa komited membela dan memperjuangkan nasib kami di Felda. Kehidupan yang dahulunya sukar terus terbela dengan bantuan dan komitment daripada kerajaan.

Setelah hampir 40 tahun, kita dapat lihat pembangunan bukan sahaja infrastruktur malahan tahap kehidupan keluarga peneroka juga menjadi lebih baik.

Selepas Felda berjaya, barulah kita dengar pembangkang hendak membantu Felda... benarkah mahu membantu atau sekadar mahu undi sahaja? Mengapa kalian muncul hanya ketika musim pilihan raya dan hilang selepas itu?

Masih terngiang di telinga kata-kata bapa kepada saya selepas tamat menduduki SPM dan saya minta untuk keluar dari rumah ke Johor Bahru mencari pekerjaan.

“Jangan lupa asal kita, jangan menidakkan jasa orang pada kita, jangan khianati budi yang telah kita terima,” kata-kata itu sebagai semangat yang saya semat dalam jiwa hingga kini.

Walau saya telah berkeluarga dan tidak lagi menetap di Tanah Rancangan Felda, namun apa jua yang berlaku di sana tetap saya ikuti dari masa ke semasa. Saya perhatikan sejak lebih 40 tahun dulu, kerajaan Barisan Nasional sentiasa bersama dengan kami sehingga Skim Tanah Rancangan Felda diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai program membasmi kemiskinan paling berjaya di dunia.

Alhamdulillah, kini dua anak saya berada di asrama penuh dengan bantuan penuh diberikan oleh kerajaan, seorang di sekolak teknik manakala seorang lagi di MRSM. Peluang sebegini bukan hanya saya sahaja yang telah menerima manfaat malahan ratusan ribu lagi lebih awal telah merasainya.

PRU-14, walau banyak kita dihidangkan dengan pelbagai tomahan kepada kerajaan terutama dalam media sosial hari ini.

Pelbagai isu dimainkan, 2.6B, cincin permata, IMDB, GST dan pelbagai lagi. Adakah isu-isu ini dapat dibuktikan kesahihannya. Pelbagai penerangan dan kebenaran telah di dedahkan dan tidak terlihat satupun kebenaran terhadap tomahan yang dilemparkan terhadap isu-isu ini.

Saya tidak layak untuk mengupas isu-isu ini secara mendalam, dari pandangan mata sebagai rakyat biasa, isu-isu yang dibangkitkan ini hanyalah sebagai jalan oleh pihak tertentu untuk menanam kebencian kepada kerajaan.

Saya terfikir juga, jika kebencian yang kita tanam, apakah yang akan kita tuai, jika pembangkang berjaya menjatuhkan kerajaan BN? huru-hara? kekacauan? balas dendam?

Tidak dinafikan, dalam kerajaan BN terdapat kelemahan di sana sini, namun saya percaya pucuk pimpinan sentiasa berusaha untuk melakukan penambahbaikan. Kita manusia tiada siapa yang sempurna, apa yang penting adalah semangat untuk melakukan yang benar dan menjauhi yang batil.

Jauh disudut hati, saya ingin lihat sesiapa pun yang diberi amanah untuk memimpin haruslah menjalankan amanah dengan telus adil dan bijaksana tanpa membeza-bezakan warna kulit. Kedaulatan bangsa melayu itu harus terus diangkat dan diperjuangkan.

Hilangkan sifat benci, dendam, cemburu, iri hati dan marah kerana kerosakan yang terjadi bukan hanya dirasai oleh seorang atau sekelompok tapi kesengsaraan itu nanti akan terkesan oleh semua jiwa yang menghuni tanah Melayu ini.

Saya menyeru kepada semua, ayuh kita buat keputusan yang tepat dan jangan kita gadaikan masa depan tanah Melayu ini untuk melihat kesengsaraan anak cucu kita pada masa hadapan.

Saya penuh yakin, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak berkebolehan untuk kita berikan amanah memimpin Negara Malaysia tercinta ini.

-Kyairul-
Bukit Mahkota, Bangi
25 April 2018

Saturday, 21 April 2018

Manifesto BN Kedah: Menerus Kemajuan Menzahir Impian


1. Mewujudkan 5 MRSM Ulul Albab dan 3 Maahad Tafiz Sains Kedah

2. Bantuan kemasukan ke IPTA RM250-RM350

3. Menaja 150 orang pelajar baru bagi melanjutkan pelajaran di UNISHAMS bagi 8 program terpilih

4. Melupus lesen penjaja dan peniaga kecil

5. Menyediakan skim insuran berkelompok percuma kepada seluruh penjaja dan peniaga di Kompleks Pekan Rabu, pasar malam, pekan nat, pasar tani dan medan selera milik Majlis Daerah

6. Menubuhkan Akademi Sukan dan Akademi Latihan Modal Insan Kedah (AKAL)

7. Menambah perumahan PPR sebanyak 10,000 unit di seluruh negeri Kedah

8. Membangun serta membina 5 buah kawasan perumahan kos rendah: Suka Menanti, Tanah Merah, Sungai Petani, Kulim dan Pokok Sena

9. Menawarkan pakej rumah transit 1 ribu unit di setiap daerah bagi pasangan baru kahwin

10. Cuti Thaipusam sebagai cuti umum

11. Pembinaan Pusat Rawatan Kanser bernilai RM500 juta di Sungai Petani

12. Pembinaan bangunan baharu untuk Hospital Langkawi

13. Klinik 1Malaysia di setiap pekan, daerah dan Parlimen akan diperluaskan ke taman perumahan yang padat dan di setiap kawasan DUN

13. Bonus tahunan berdasarkan prestasi dan merit serta pemberian bantuan khas

14. Membaik pulih kuarters kediaman kakitangan negeri secara berkala

Jangan lupa MANIFESTO BN PUSAT -  “Zon Ekonomi Khas” akan diwujudkan di Bukit Kayu Hitam, Kedah


#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#MuafakatKedah

Friday, 20 April 2018

Truth you need to know about 1MDB



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1846347465383866&id=100000258912758

1MDB: Ada yang bertanya 3 soalan:

1. Fund 1mdb tu datang dari mana?
2. Hutang 1mdb tu dibayar dgn menggunakan duit mana?
3. Hutang tu hasil dari aktiviti apa?
----------------------
Ini jawaban saya hasil dari pembacaan. Jika tidak tepat mohon perbetulkan.

 1. Fund 1mdb tu datang dari mana?

1MDB – 1MDB beroperasi dengan modal ekuiti yang kecil. Kerajaan hanya bagi suntikan modal RM1 juta sahaja. Ianya ditubuhkan sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangka masa panjang, dengan mendapatkan kerjasama dan menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI). 1MDB mempunyai program besar dan telah meminjam sejumlah RM42 bilion dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk bagi pembelian aset jangka masa panjang seperti penjana tenaga bebas (IPP), pegangan ekuiti projek Bandar Malaysia, pembelian tanah TRX, pembelian tanah di Air Hitam di Pulau Pinang dan Pulau Indah di Selangor ( RM18 bilion digunakan untuk pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas, RM15.4 bilion untuk dana pelaburan, RM5.8 bilion untuk kos kewangan, RM1.7 bilion untuk kos pembelian tanah dan RM900 juta dalam bentuk tunai). Selain itu 1MDB mendapat sokongan sosial dan politik dari kerajaan bagi menambah nilai dan keuntungan terhadap projek mereka. Walaupun 1MDB bermula dengan suntikan dana RM1 juta tetapi ketika itu 1MDB sudah ada aset terkumpul RM50 bilion.

2. Hutang 1mdb tu dibayar dgn menggunakan duit mana?

Hutang 1MDB – Diselesaikan dengan pelan rasionalisasi 1MDB yang amat teratur. Paling penting tiada 'bailout' wang rakyat. Antara penyelesaian jangka pendek adalah dengan penjualan aset syarikat Edra pada harga RM9.83 bilion manakala penyelesaian jangka panjang adalah hasil pendapatan dari pembangunan hartanah khususnya di Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia. Nilai  bersih bagi aset dimiliki 1MDB boleh membayar liabiliti dan kini dan juga masa depan malah turut menghasilkan lebihan. Sehingga hari ini, ia masih lagi berupaya membayar hutang serta membiayai komitmen kewangan.

3. Hutang tu hasil dari aktiviti apa?

Kena faham pendekatan 1MDB asalnya ialah menggunakan kaedah  'debt funding' (pembiayaan hutang) bagi perniagaan yang memerlukan ia menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) dalam masa singkat. Sebabnya kerajaan  tidak mahu menggunakan dana kerajaan. Ini kerana dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain. Jika 1MDB berjaya disenaraikan, operasi 1MDB berjalan lancar dan sebahagian hasil dari penjualan saham 1MDB tersebut akan digunakan bagi menyelesaikan hutang 1MDB. Apabila diserang, IPO tidak dapat dilakukan, maka timbullah masalah aliran tunai.

Adakah 1MDB gagal?

Jika sebelum ini 1MDB telah meminjam RM42 bilion, terkini nilai aset semasa 1MDB bernilai RM43 bilion dan liabiliti/hutang semasa ialah RM31 bilion. Ada lebihan RM12 bilion. Majoriti daripada aset tersebut berada dalam sektor hartanah, khususnya di kawasan strategik Kuala Lumpur dan nilai aset tersebut akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Nilai aset syarikat ketika ini lebih daripada cukup untuk membayar hutang syarikat.

Gagal ke?

#KN

Thursday, 19 April 2018

2008-2018: SELANGOR NEGERI GAGAL DI BAWAH PAKATAN


MASALAH AIR YANG TAK SUDAH DAN CUBAAN KERAJAAN PAKATAN PINDAH DUIT RAKYAT KEPADA KRONI

1. Kerajaan Negeri Selangor memegang saham yang besar dalam syarikat air SPLASH dan SYABAS. Mereka mempunyai kuasa dan pengaruh ke atas kedua-dua syarikat ini.

2. Apabila SPLASH menyaman SYABAS sebanyak RM4.2 billion baru-baru ini, SYABAS berkemungkinan besar akan bankrap.

3. SYABAS adalah syarikat infrastruktur keperluan asas air utama di Selangor. Jika ianya bankrap atau ditutup, berjuta-juta rakyat di Lembah Kelang akan menghadapi masalah air yang lebih kerap dan berlanjutan. Ini akan menjadi masalah yang amat besar kepada keseluruhan ekonomi, kesihatan dan keselamatan awam.

4. Oleh sebab di atas, Kerajaan Negeri Selangor dan YAB Menteri Besar Selangor tentunya tahu bahawa SYABAS tidak boleh dan tidak akan dibenarkan bankrap atau ditutup.

5. Oleh yang demikian, mereka juga tentunya tahu bahawa sekiranya SPLASH menang saman mereka ke atas SYABAS, ini akan “memaksa” Kerajaan Pakatan Selangor untuk mengambil kesempatan bagi kononnya “menyelamatkan” atau bail out SYABAS untuk membayar syarikat kroni mereka iaitu SPLASH sebanyak RM4.2 billion.

6. Tindakan ini akan menipiskan atau mengosongkan simpanan rizab perbendaharaan negeri dan menjejaskan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor.

7. Jika ini berlaku, berbillion duit rakyat Selangor akan berjaya dipindahkan daripada perbendaharaan negeri kepada syarikat kroni oleh Kerajaan Pakatan. Kroni Pakatan akan menjadi lebih kenyang lagi namun Kerajaan Negeri Selangor akan bankrap.

Wednesday, 18 April 2018

MASYARAKAT SIVIL


Mana-mana negara di dalam dunia ini termasuk Malaysia bergerak ke arah mewujudkan Civil Society atau Masyarakat Sivil yang mana sebenarnya telah mula disebut oleh Aristotle sebagai koinōnía politikḗ ataupun komuniti yang berkongsi nilai dan etika yang sama.

Konsep yang sama turut dibincangkan oleh Cicero, penulis Roman termasuk William of Moerbeke dan Leonardo Bruni yang mana ia merujuk kepada konsep asal yang membentuk idea kepada pengasasan republik.

Civil Society ini diperbincangkan dan diperdebatkan oleh setiap generasi selepas itu dan akhirnya ditakrifkan semula oleh Himmat Bhandari, seorang aktivis sosial di dalam
satu syarahan sebagai "Civilization need civilized societies, and civil societies need civilized citizens" bermaksud "Ketamadunan memerlukan masyarakat yang sivil dan masyarakat sivil memerlukan rakyat yang bertamadun."

Arwah Dato' Fuad Hassan juga memberi tafsir bahawa Masyarakat Sivil adalah masyarakat yang bertanggung jawab serta tidak melakukan sebarang salah laku jenayah, moral mahupun etika walaupun di dalam ketiadaan peraturan ataupun undang-undang.

Bermaksud dalam setiap masa dan ketika, sebuah Masyarakat Sivil tidak akan melakukan perkara yang tidak betul seperti membuang sampah di jalanan mahupun mencuri atau lain-lain perbuatan jenayah walaupun tiada penguatkuasaan undang-undang.

Malangnya, terdapat segelintir rakyat di dalam negara kita yang bukan sahaja tidak bergerak ke arah pembentukan Masyarakat Sivil tetapi bergerak ke belakang.

Antara sebab dan punca kepada perkara ini tidak lain dan tidak bukan adalah pengaruh politik kebencian dan politik persepsi songsang yang mana pada hemat saya dimulakan dan diperhebatkan oleh pihak pembangkang dengan tujuan mendapatkan sokongan rakyat untuk menolak kerajaan yang sedia ada.

Contoh yang termudah juga adalah seperti mana sekiranya terdapat seorang individu yang meletakkan sejumlah duit di luar rumahnya dengan papan tanda "Ambil sebahagian duit ini untuk membeli makanan untuk hari ini sekiranya anda tiada wang" tanpa sebarang pengawasan.

Adakah mereka yang benar-benar tiada duit akan mengambilnya dengan jumlah yang memadai untuk mengisi perutnya untuk hari itu sahaja ataupun mereka yang mampu untuk membeli makanan juga turut mengambil duit tersebut?

Sekiranya terdapat mereka yang mampu turut mengambil duit tersebut atau yang tidak mampu mengambil duit dengan berlebihan maka negara kita belum lagi bersedia menjadi sebuah Masyarakat Sivil.

Dalam erti kata negara kita, inisiatif penambah baikkan terhadap sistem percukaian negara daripada sistem SST kepada GST menjadi tentangan utama oleh rakyat akibat hasutan jahat oleh pembangkang.

Sebuah negara yang di dalam misi dan visi untuk menyertai angkatan negara maju dan akhirnya membentuk Masyarakat Sivil telah direncatkan proses ini oleh pihak pembangkang dengan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan atas polisi sistem percukaian GST yang dilaksanakan.

Masyarakat Sivil harus sedar akan kepentingan cukai ini untuk membentuk dan membina sesebuah negara yang akhirnya akan memberi manfaat kembali kepada mereka.

Hospital, sekolah, gaji penjawat awam, malah keamanan malah kemudahan kepada rakyatuntuk keluar setiap pagi mencari rezeki merupakan hasil yang diperoleh daripada sistem percukaian tersebut.

Hasil GST yang diperoleh juga disalurkan kembali kepada golongan yang telah disasarkan melalui inisiatif BR1M supaya pendapatan mereka ini dapat dipertingkatkan dan usaha ini tidak patut dilekehkan oleh mana-mana pihak.

Dengan peningkatan pendapatan untuk menampung keperluan harian pelbagai perkara yang tidak langsung dapat diperoleh yang mana antaranya kadar jenayah akibat desakan hidup seperti mencuri dapat dikurangkan.

Rakyat yang memperoleh BR1M juga dapat menggunakan duit tersebut yang akhirnya akan menggerakkan kitaran ekonomi di negara kita.

BR1M merupakan satu sistem subsidi bersasar yang jauh lebih efisien daripada sistem subsidi pukal yang dilaksanakan sebelum ini.

Subsidi pukal bermaksud sesiapa sahaja walau apapun kategori pendapatan dapat menikmatinya yang mana akhirnya kategori pendapatan tinggi menerima habuan yang terbesar.

Subsidi bersasar memastikan bahawa kategori pendapatan yang sepatutnya sahaja menerima nikmat tersebut.

Ini amat bertepatan dengan konsep Adil di dalam Islam yang merujuk kepada satu perbuatan yang meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya.

Pada akhirnya, rakyat harus sedar bahawa kutipan cukai GST itu adalah satu kewajipan yang perlu dilaksanakan sebagai tanggung jawab seorang rakyat.

Isu 1MDB juga adalah contoh bagaimana progres membina Masyarakat Sivil ini turut direncatkan.

Rakyat yang telah terpesong pemikirannya akibat hasutan pembangkang akhirnya menuduh YAB Perdana Menteri sebagai pencuri, perompak, penyamun serta pelbagai lagi tuduhan seumpama dengannya.

Di sini sahaja, rakyat telah menghukum seseorang itu menjangkaui "The rule of law" iaitu seseorang itu TIDAK didapati bersalah sebelum dibuktikan bersalah.

1MDB merupakan satu syarikat di dalam negara kita ini yang memegang rekod syarikat yang paling banyak disiasat sehingga mengganggu dan memperlahankan operasi syarikat.

Pihak pembangkang terutamanya Tun Dr. Mahathir gagal mengemukakan sebarang bukti kesalahan Dato' Sri Najib dan tidakpun pernah sebagai seorang individu membawa kes ini ke mahkamah.

Telah berulang kali dinyatakan dan disiasat serta dibuktikan bahawa Dato' Sri Najib tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah di dalam isu 1MDB.

Tetapi tuduhan tersebut terus mekar di jari dan mulut segelintir rakyat Malaysia tanpa benar-benar memahami apa sebenarnya yang berlaku.

Malah, seorang pemimpin politik dari parti DAP yang turut menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah berulang kali menyatakan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan Dato' Sri Najib bersalah.

Seperti biasa, apabila kenyataan tidak menyebelahi mereka yang terpesong ini, maka pelbagai tuduhan dilemparkan malah kenyataan tersebut juga tidak diambil peduli.

Rakyat yang terpesong ini terus-menerus melemparkan tuduhan demi tuduhan terhadap Dato' Sri Najib dan menggelarkan beliau dengan pelbagai gelaran buruk.

Sebagai Masyarakat Sivil, sepatutnya kita jelas bahawa sekiranya mahkamah tidak mensabitkan sebarang kesalahan terhadap seseorang itu, maka tidak perlu kita mendahului mahkamah dengan pelbagai tuduhan versi kita sendiri.

Kesimpulannya, pembangkang di negara kita ini telah ketandusan isu dan menggunakan apa sahaja yang populis untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Saya terasa sedih kerana pendekatan politik di negara kita ini adalah berasaskan kepada kebencian dan sikap berlumba-lumba ingin menunjuk kepada rakyat siapa yang lebih buruk yang mana kedua-dua ini dilakukan oleh pihak pembangkang.

Mengapa pembangkang tidak berlumba-lumba dengan pihak kerajaan untuk menunjukkan siapa yang mampu menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat?

Sebagai contoh, ada dua orang peniaga menjual penapis air; peniaga pertama berkempen dengan menerangkan kebaikan dan manfaat yang diperoleh kepada pengguna apabila menggunakan penapis airnya manakala peniaga kedua berkempen bukan setakat menceritakan keburukan penapis air peniaga pertama malah keburukan peribadi peniaga itu juga turut disebut, sedangkan penapis air yang dijual oleh peniaga kedua itu langsung tidak mempunyai sebarang manfaat kepada pengguna.

Di dalam kes ini, sudah tentu anda yang memerlukan penapis air akan memilih penapis air daripada peniaga yang pertama.

Begitu juga dengan politik di negara kita, pilih parti politik yang menceritakan kebaikkan apabila memilih mereka dan janganlah memilih parti politik yang hanya menceritakan keburukan parti lawan sedangkan mereka sendiri tidak dapat menawarkan sesuatu yang lebih baik dan realistik.

Janganlah menjanjikan untuk menghapuskan cukai GST yang mana perkara tersebut adalah amat baik untuk rakyat dan negara.

Janganlah memburuk-burukkan Perdana Menteri Malaysia yang secara jelas telah terbukti tidak bersalah oleh semua agensi penyiasat di negara kita.

Kepada parti pembangkang, tawarkanlah kepada rakyat Malaysia sesuatu yang benar-benar baik untuk rakyat dan negara dan bukannya menawarkan sesuatu yang sangat tidak logik, sangat populis, yang akhirnya merugikan rakyat jua.

Berkempenlah secara positif dan dengan penuh kasih sayang kepada rakyat dan juga negara.

Sekiranya tidak mampu menawarkan sesuatu yang lebih baik ataupun melihat Kerajaan pada hari ini melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara, maka ambillah pendirian untuk menjadi pembangkang yang bertanggung jawab; iaitu memastikan bahawa Kerajaan benar-benar menyampaikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Dengan cara itu, maka tidak mustahil Malaysia boleh menjadi negara pertama yang mempunyai Masyarakat Sivil.

InsyaAllah.

#SayaPilihBarisanNasional
#GunakanHakUntukBerfikirSebelumHakUntukBersuara
#MalaysiaMemilih

https://www.facebook.com/raziz2.0/posts/10216273240609354

Tuesday, 17 April 2018

RASIONAL MENGAPA PROJEK ECRL DIKECUALIKAN GST



GST Dikecualikan Untuk Syarikat Pelaksana ECRL Kerana ECRL Adalah Projek Kerajaan (Pengguna yang membayar GST dalam projek ini adalah kerajaan)

1. Tersebar di media sosial, syarikat dari China yang melaksanakan projek ECRL tidak dikenakan GST. Sebaran ini sengaja dibuat untuk membuat rakyat marah.

2. Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy menjelaskan sebab pelepasan adalah kerana ECRL merupakan projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam. "Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam yang memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan.

3. Pelepasan ini dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST. Disebabkan pelepasan ini, "syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST," katanya lagi.

4. Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Dato Eric See To berkata prinsip GST adalah pengguna terakhir akan membayar sepenuhnya GST. Bagi projek ECRL, pengguna terakhir adalah Kerajaan. Jika GST dikutip, maka pembayarnya juga adalah Kerajaan dan dibayar kembali kepada Kerajaan. Tidak menjadi sebarang masalah untuk mengecualikannya kerana KERAJAAN adalah PEMBAYAR GST untuk projek ECRL ini. Dalam kes ECRL, apabila syarikat CCCC dikecualikan daripada GST, bermaksud ia juga TIDAK BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN GST input yang dikenakan ke atasnya.

5. Bagi syarikat tempatan yang tidak memohon pengecualian GST apabila membuat projek-projek kerajaan, mereka akhirnya akan mengenakan GST terhadap kerajaan (yang dibayar balik kepada kerajaan), pada waktu yang sama mereka juga dibenarkan menuntut kembali semua GST yang dikenakan ke atas mereka (sebagai input tax). Akhirnya, kesemua GST yang Syarikat tempatan itu bayar dan tuntut semasa menjalankan projek untuk kerajaan juga akan dibayar balik oleh kerajaan.

6. Tanpa pengecualian GST, senarionya adalah begini -> Projek ini adalah projek kerajaan. 1. Selepas tamat projek ECRL, Syarikat CCCC akan mengutip bayaran penuh daripada kerajaan bersama GST. 2. Kerajaan akan membuat bayaran penuh bersama dengan GST. 3. Oleh kerana syarikat CCCC hanya mengutip GST bagi pihak kerajaan, ia akan memulangkan semula GST ini kepada kerajaan selepas menerima bayaran daripada kerajaan. Bukankah lebih mudah jika pengecualian diberikan?

7. Masalah pemimpin Pakatan adalah mereka tidak memahami prinsip asas GST. Disebabkan kejahilan mereka, mereka tidak tahu bahawa GST adalah cukai kepenggunaan yang dibayar oleh pengguna, termasuk oleh kerajaan, apabila ia menjadi pengguna. Kerajaan tidak mengenakan GST ke atas peniaga, sebaliknya mengutip Cukai Pendapatan daripada mereka.

Saturday, 14 April 2018

Tun Dr Mahathir Gagal Bawa Tsunami Melayu, Pakatan Harapan Akan Kalah Dan DAP Akan Tinggalkan Pakatan Harapan – Strategis DAP



Oleh:
Dr Kamarul Zaman Yusof
_Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM)_

1. Strategis DAP, Dr Wong Chin Huat, mengetuai Program Kajian Politik di Penang Institute, sebuah badan pemikir besar yang menerima dana dari Kerajaan DAP Pulau Pinang dan dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

2. Dalam tesis PhD beliau bertajuk _“The Implications of the Electoral System for Party Competition in West Malaysia, 1982-2004”,_ Dr Wong Chin Huat menyatakan bahawa *kemungkinan untuk pembangkang berkuasa di peringkat Pusat adalah hampir tiada* kerana faktor _“excessive gerrymandering and mal-apportionment of constituencies”._

3. Semalam Dr Wong Chin Huat mengakui bahawa *beliau meragui adanya tsunami Melayu dan menyebut tidak ada apa-apa bukti meyakinkan mengenai adanya tsunami Melayu.*

4. Dengan persempadanan semula yang meningkatkan bilangan kerusi majoriti Melayu dan bilangan pengundi Melayu dalam kawasan campuran, hanya pengundi bukan Melayu sahaja yang boleh mengekalkan kedudukan Pakatan Harapan.

5. Berdasarkan hasil persempadanan semula dan ketidakpastian tsunami Melayu ini, jangkaan selamat boleh dibuat bahawa Pakatan Harapan tidak mempunyai peluang langsung untuk menang tanpa 85% pengundi keluar mengundi.

6. Lebih menarik, jangkaan strategis DAP itu bahawa, *selepas kalah, parti-parti dalam Pakatan Harapan akan menyalahkan satu sama lain atas kehilangan PAS* dengan PKR, PPBM dan AMANAH akan menjadi lebih pro-Melayu dan lebih menyokong agenda PAS.

7. Beliau juga menjangka bahawa *tindakan DAP meninggalkan Gagasan Rakyat pada tahun 1995, meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001 dan meninggalkan Pakatan Rakyat pada tahun 2015 akan berulang lagi selepas ini.*

8. Sama seperti alasan yang ia gunakan sewaktu meninggalkan Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, _“DAP mungkin akan terpaksa meninggalkan pakatan pembangkang bagi menjaga tapak sekular dan bukan Islamnya”._

9. Satu-satunya perkara yang menggembirakan Dr Wong Chin Huat adalah berkenaan tindakan SPR memilih hari pengundian pada Rabu, yang kononnya bagi beliau merupakan satu pengakuan tersirat oleh Datuk Seri Najib Abdul Razak mengenai adanya tsunami Melayu.

10. Sungguh melucukan apabila saintis politik seperti beliau boleh menyatakan beliau menolak dapatan yang dibuat oleh semua pusat kaji selidik mengenai tiadanya tsunami Melayu semata-mata kerana pemilihan hari Rabu sebagai hari pengundian.

11. Logik yang beliau gunakan adalah apabila hari Rabu dipilih sebagai hari pengundian maka Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu menghalang pengundi Melayu dari keluar mengundi menyebabkan kebimbangan mengenai tsunami Melayu akan hilang.

12. Logik ini, bagi saya, adalah logik yang cukup bodoh sekali, apatah lagi apabila tulisan Dr Wong Chin Huat ini dikeluarkan selepas kerajaan mengumumkan hari pengundian adalah hari cuti bagi memudahkan semua pengundi, termasuk pengundi Melayu, keluar mengundi.

13. Inilah rahmat dari pemilihan hari Rabu sebagai hari pengundian, ia secara tiba-tiba membuatkan strategis terkemuka DAP sendiri mengakui Tun Dr Mahathir gagal bawa tsunami Melayu, Pakatan Harapan akan kalah dan DAP akan tinggalkan Pakatan Harapan.