Sunday 28 January 2018

HARAM UNDI DAP : MUFTI DISARAN KELUARKAN FATWA


By watan on January 25, 2018

Mufti-mufti di negara ini disarankan supaya mengeluarkan fatwa berhubung hukum bagi umat Islam mengundi, menyokong dan membantu DAP yang membawa agenda perjuangan sekularisme serta anti Islam.

Felo Kanan Institiut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali, berkata seharusnya pihak berautoriti mengeluarkan fatwa yang menepati undang- undang Islam.

Beliau berkata, fatwa daripada para mufti amat penting bagi memastikan tidak berlaku kecelaruan dan kacau bilau dalam masyarakat kerana umat Islam perlu hormat dan memperakui fatwa dikeluarkan.

“Saya menyeru agar ‘Ashaabus Samaahah’ para mufti dibekalkan fakta-fakta dan data yang mencukupi agar mereka boleh mengeluarkan suatu fatwa yang menepati undang-undang Islam lebih-lebih lagi ianya tidak semestinya melibatkan parti DAP sahaja, tetapi bakal melibatkan aktiviti mengundi, menyokong dan membantu mana-mana individu atau parti-parti politik lain yang berhasrat menggunakan undi, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada mereka bagi tujuan-tujuan yang bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

“Fatwa daripada para mufti sangat penting kerana bukan semua orang, hatta para ilmuan dan pakar agama berada pada posisi boleh mengeluarkan pendapat yang boleh diangkat sebagai fatwa.

“Oleh kerana perbuatan mengundi, menyokong dan membantu DAP juga menimbulkan isu pelanggaran undang-undang, termasuk isu membantu atau mendiamkan kesalahan-kesalahan jenayah, maka saya menyeru agar pihak polis dan Jabatan Peguam Negara dapat membuat siasatan dan penilaian terpeinci lebih-lebih lagi berkaitan desas-desus yang mengaitkan antara parti tersebut atau aktivis DAP dengan RECS (Radical Evangelist Christian State).

“Di dalam Kertas Laporan Tragedi berdarah 13hb Mei 1969 yang dikeluarkan oleh MAGERAN, tindakan2 berbentuk hasutan yang dilakukan oleh parti DAP telah dikenalpasti sebagai salah satu punca utama tragedi rusuhan kaum yang kita harap tidak perlu berulang lagi di negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia ini,” katanya dalam satu tulisan sebagai respon terhadap kenyataan Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari yang mengharamkan umat Islam mengundi DAP.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) itu Sabtu lalu, dalam satu wawancara eksklusif ‘Sembang Watan-Online’ menyifatkan haram bagi umat Islam, menyokong, membantu dan mengundi DAP yang jelas anti Islam.

Sementara itu, Engku Ahmad Fadzil yang juga pendakwah bebas meminta pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap salah laku DAP yang bertentangan perundangan negara, serta Majlis Fatwa dapat menganalisa isu berkenaan dari sudut hukum agama.

 http://watan-online.com/haram-undi-dap-mufti-disaran-keluarkan-fatwa/

========================

UNDI DAP MENYOKONG KEKUFURAN

By watan on January 25, 2018

‘Fatwa’ yang mengharamkan umat Islam menyokong, membantu dan mengundi DAP dalam pilihan raya umum (PRU) oleh Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari mempunyai asas yang jelas.

Pendakwah bebas, Engku Ahmad Fadzil Engku Ali, berkata berdasarkan kepada perlembangan DAP, jelas parti itu membawa agenda sekular yang memisahkannya dengan agama.

Beliau berkata, berdasarkan rujukan, dapat disimpulkan bahawa parti itu mendakwa Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah Perlembagaan yang bersifat keduniaan dan tiada kena mengena langsung dengan agama, kerohanian dan kesucian.

“DAP juga bermatlamatkan cita-cita untuk “menetapkan semula” dan “mengembalikan semula” Perlembagaan Persekutuan kepada apa yang didakwa sebagai “kerangka asalnya” yang terpisah dan tiada kena mengena langsung dengan agama, kerohanian dan kesucian.

“Konsep dan amalan memisahkan agama daripada kehidupan atau memisahkan agama daripada negara atau adakalanya diertikan ketidakberagamaan ini adalah sebuah konsep dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam, yang mana di dalam Islam, setiap aspek kehidupan seseorang mukallaf (orang dewasa yang berakal) ditimbang di atas neraca hukum agama, yang walaupun kelihatan bersifat keduniaan, tetap tidak akan terpisah daripada salah satu daripada lima hukum agama, samada wajib atau haram, sunat atau makruh, ataupun harus.

“Maka tidak hairan jika para ulama Islam dengan jelas menilai 'secularism’ sebagai suatu kefahaman dan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam* dan menyeleweng seperti pendirian para ulama Al-Azhar misalnya.

“Pendirian para ulama Islam kesemuanya menolak ‘secularism’, mereka mungkin hanya berbeza pada menyatakan pendirian atau tidak tentang adakah ‘secularism’ hanya sebagai suatu penyelewengan dan dosa atau telah sampai kepada peringkat kekufuran,” katanya mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) berhubung isu berkenaan dengan panjang lebar.

Sabtu lalu, Zamihan dalam satu wawancara eksklusif ‘Sembang Watan-Online’ menyifatkan haram bagi umat Islam, menyokong, membantu dan mengundi DAP yang jelas anti Islam.

Sementara itu, Engku Ahmad Fadzil yang juga Felo Kanan Institiut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) itu berkata, lebih serius lagi ada fatwa-fatwa yang dengan jelas menghukum bahawa orang Islam yang meyakini dan mengamalkan sekularisme telah menjadi kafir, murtad terkeluar daripada Islam dan wajib bertaubat.

“Berdasarkan analisa ini, maka mengundi, menyokong dan membantu DAP bermakna mengundi, menyokong dan membantu mereka untuk menjayakan sesuatu yang dari neraca syariat Islam merupakan sesuatu yang haram atau lebih parah sesuatu yang kufur.

“Oleh itu, jangan katakan mengundi, menyokong dan membantu DAP untuk melakukan perkara yang jelas terang- benderang bercanggah dengan Islam ini, malah sekadar meredhai perbuatan mereka ini juga sudah dilarang berdasarkan kaedah iaitu, redha dengan sesuatu kemaksiatan itu sendiri merupakan suatu maksiat dan redha dengan kekufuran itu sendiri merupakan suatu kekufuran.

“Mungkin inilah asas utama yang mendorong Ustaz Dr Zamihan menegaskan bahawa HARAM untuk seseorang Islam mengundi, menyokong dan membantu DAP,” katanya.

 http://watan-online.com/undi-dap-menyokong-kekufuran/

No comments:

Post a Comment