Friday 30 March 2018

Kenyataan oleh Equanimity (Cayman) Berhad Berkaitan dengan Pelucutan Kapal Equanimity


LONDON, 29 MAC 2018

Tindakan DOJ sedang dicabar di mahkamah Indonesia dan A.S. berpaksikan undang-undang kedua-dua buah negara. Plaintiff, yang merupakan empunya hak pemilik kapal, percaya bahawa DOJ dan pihak berkuasa Indonesia telah bertindak di luar batas peraturan undang-undang di negara masing-masing, serta pihak plaintiff telah mengajukan dokumen ke muka pengadilan kedua negara berkaitan kes ini.

DOJ telah melakukan penyiasatan kes berkenaan yang ditahan tahun lepas, dan sejak itu tidak mengambil langkah untuk membawa kes ke hadapan atau membuktikan bahawa apa-apa ketidakpatuhan telah berlaku. Walau bagaimanapun, sementara perintah mahkamah masih berkuatkuasa, DOJ cuba merampas kapal di Indonesia.

Pemfailan kes oleh DOJ baru-baru ini di California adalah cubaan untuk menggunakan hujah perbezaan dakwaan atas tingkah laku mereka yang menyalahi undang-undang di Indonesia. Seperti yang diajukan dalam pemfailan di Mahkamah oleh pihak plaintiff, tindakan yang dilakukan oleh DOJ secara drastik mengurangkan nilai kapal dan mendedahkan kapal serta anak kapalnya kepada bahaya di lautan. Ini seharusnya tidak perlu, kerana Pihak Plaintiff akan, dan tetap bersedia untuk menjual kapal itu sementara penagguhan siasatan kes oleh DOJ, dengan syarat jualan dilakukan di bawah keadaan pasaran yang mudah dapat dicapai yang akan mencerminkan nilai pasaran kapal yang sebenar dan menjana harga berpatutan. Pendekatan yang diambil oleh DOJ hanya akan menjatuhkan nilai kapal dengan mereka masih belum mengemukan apa-apa hak dibawah undang-undang untuk sebarang tuntutan.

DOJ tidak memohon kebenaran daripada plaintiff untuk menyita kapal tersebut, yang telah bersetuju memberi kerjasama terhadap DOJ dan Mahkamah AS, syarikat pengurusan kapal layar yang bertanggungjawab terhadap kapal itu atau, serta negara di mana kapal tersebut berada.. Walaupun mereka boleh sahaja menggunakan saluran ini pada bila-bila masa sahaja, DOJ sebaliknya memilih tindakan menyita yang sia-sia dan mahal serta tidak diakui di perairan Indonesia yang membahayakan nilai kapal itu.

Pada Rabu, pihak Plaintif, pemilik kapal, telah memfailkan jawapan balas bagi membetulkan kesalahan fakta dan kenyataan terhadap dakwaan Kerajaan. Bertentangan dengan pernyataan yang dibuat oleh pihak Kerajaan, lokasi kapal itu tidak pernah menjadi rahsia atau plaintiff tidak pernah mengambil apa-apa tindakan yang menjejaskan nilai kapal itu. Kerajaan tidak mengambil apa-apa langkah untuk membuktikan kes atau haknya untuk merampas kapal itu, dan tidak ada penemuan tentang sebarang salah laku. Pihak plaintif, sebagai pemilik kapal, berhasrat untuk terus melindungi hak dan harta mereka.


Nota:
Equanimity (Cayman) Limited is the legal owner of the vessel Equanimity and is the Claimant in the DOJ forfeiture actions.

Sumber: Equanimity (Cayman) Limited
http://www.prnewswire.co.uk/news-releases/statement-by-equanimity-cayman-limited-in-relation-to-the-forfeiture-of-the-equanimity-vessel-678287123.html

No comments:

Post a Comment