Thursday, 7 December 2017

#PAU2017 : Shahrul Nasrun, pemimpin muda UMNO yang PRO RAKYAT

Semacam sudah menjadi tradisi, setiap tahun, perhimpunan agung UMNO pasti akan menampilkan barisan pemimpin pelapis pemuda. Proses transformasi lancar yang diamalkan oleh UMNO ini secara tidak langsung memastikan barisan kepimpinannya tidak ketandusan bakat baru yang berketerampilan.


Dari zaman Ghafar Baba, Tun Razak dan Tun Hussein, Tun Mahathir, Anwar Ibrahim , Najib Razak dan Zahid Hamidi, UMNO tidak pernah berhenti dari melahirkan barisan kepimpinan parti dan negara yang berkarisma. Tidak kira lah di mana akhirnya hala tuju para pemimpin ini, namun yang pasti kebanyakannya lahir dari institusi pemuda yang dinaungi oleh UMNO. Ini merupakan satu proses pembangunan politik yang sihat dalam UMNO di mana unsur nepotisme atau penguasaan satu keluarga tidak berlaku. 


Proses peralihan yang berterusan di kalangan pemimpin UMNO juga memastikan kebarangkalian untuk negara dipimpin oleh seorang diktator tidak berlaku. Namun situasi ini mungkin berubah sekiranya parti yang dikuasai oleh satu keluarga semenjak penubuhannya seperti DAP mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Seperkara yang menarik yang dapat diperhatikan melalui barisan kepimpinan pemuda UMNO ini juga adalah track record mereka yang begitu mengagumkan. Satu contoh baik pemimpin pelapis pemuda yang meningkat naik pada tahun ini adalah Dato Shahrul Nasrun.

Anak muda dari Kota Bharu, Kelantan ini yang kini menerajui NGO Gagasan Gerakan Belia 1Malaysia merupakan seorang bakat baru yang kian menyinar dalam barisan pelapis UMNO. 

Siapa sangka seorang pemuda yang berperwatakan menarik ini merupakan pelopor gerakan keagamaan dan kebajikan yang tegar dalam UMNO? Beliau bukan sahaja menerapkan program keagamaan dalam parti tersebut bahkan turut menjadikannya satu titik sentuhan yang berjaya mendekatkan parti tersebut dengan golongan agamawan.


Malahan dari aspek kebajikan juga, komitmen dan minat yang beliau berikan telah membolehkan beliau menjadi antara  segelintir pemimpin muda melayu yang berjaya menjejakkan kaki ke bumi palestin bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan ketika saat genting berlaku! Berapa ramai dari kita yang mengecam kekejaman Israel namun langsung tidak pernah berusaha untuk ke sana sendiri bagi menjalankan jihad sebenar dengan membantu saudara seagama yang sedang tertindas?


Rekod kelayakan seumpama ini yang meletakkan Shahrul Nasrun secara unik sebagai seorang pelapis pemimpin negara yang bersifat pro rakyat. Minat beliau terhadap kebajikan rakyat mendahului perkara lain bakal memberikan UMNO kelebihan dalam pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.

No comments:

Post a Comment