Tuesday, 7 November 2017

Banjir Penang 2017: Musibah Allah SWT sebagai peringatan kepada semua.


Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Azab atau musibah yang Allah SWT turunkan kepada kita ada peringatan atau iktibar di sebaliknya supaya kita berfikir dan bermuhasabah dengan kesilapan serta dosa kita yang lalu.

Hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa menentukan cuaca, hujan, ribut, kemarau dan lain-lain. Kita boleh cari apa sahaja penjelasan saintifik mengapa pusat ribut betul-betul atas kepala kita, namun yang pastinya tiada satu pun akan dapat menerangkan kenapa mesti kita yang kena pada ketika itu.

Duduk dan muhasabahlah. Siapa yang kita angkat sebagai pemimpin? Adakah dengan memaki hamun sesama muslim maka kita diwajarkan untuk mengangkat yang kafir sebagai penentu masa depan kita? Dan apakah yang telah kita buat apabila Islam diinjak-injak secara halus setiap hari di depan mata?

Musuh sudah pandai dan tidak akan secara mengejut mengarahkan semua masjid dirobohkan atau menghalang orang Islam dari beribadat sejurus mendapat kuasa. Malah mereka akan terus berlakon dengan kononnya memberi lagi bantuan kepada institusi Islam. Maka mana yang akalnya cetek akan terus kabur dan gembira menerima habuan secebis itu sebagai ganti kuasa politik yang kian terhakis.

Apa yang mereka lakukan adalah menggunakan orang Islam sendiri untuk mewujudkan kekeliruan dan pertentangan sesama sendiri, sehingga akhirnya orang Islam sendiri akan tunduk dan akur dengan penyelesaian dari umarak kafir mereka sendiri. Itulah yang terjadi apabila ulama penegak agama diserang, isi khutbah mulai dipantau, melantik orang politik ke jawatan ketua agama, dan penyamarataan bantuan ke atas orang Islam dan bukan Islam.

Lemahnya bangsa Islam ini ketika itu adalah apabila diturunkan bala sekalipun mereka masih lagi mengharapkan dan mempertahankan kepimpinan kafirun berbanding saudara seagama mereka sendiri. Pada mereka biarlah berbunuhan sesama muslim kerana politik dan berketuakan kafir asalkan saudara islam yang berbeza fikrah tidak menggapai kuasa.

Dan apabila Allah SWT hendak tunjukkan kekuasaannya melalui bala dan musibah sehingga kepimpinan kafir sanjungan mereka sendiri tidak mampu berbuat apa-apa, maka terpacullah ayat, "jangan dipolitikkan isu bencana..." sedangkan tidak lama sebelum itu mereka jugalah yang menempelak sesama Islam kerana gagal menguruskan bencana yang sama!

No comments:

Post a Comment